Wednesday, August 17, 2022

Pengalaman Liver Detox

 Assalamu'alaikum wbt.

Sekitar July 2022, saya bertekad nak buat liver detox. Sebenarnya memang berbulan sebelum tu sudah ada kesedaran dan ada buat bacaan ringkas tentang liver detox, namun dek kerana kesibukan dan kurang kesungguhan maka asyik tertangguh.

Pertengahan July 2022 saya mulakan detox dan merupakan detik 4 hari yang agak menyeksakan buat saya. Hahaha.

Saya buat detox gabungan kaedah Liver Detox Dr Jue dan Andreas Moritz. Objektif dan cara utama sama sahaja. Untuk detox ni saya ada ubah style mengikut kesesuaian tubuh badan saya. Macam epsom salt tu, saya kurangkan kepada 3 sudu saja. Dan waktu minum epsom salt pun saya tak strictly follow sangat. Ok jom baca lebih detail :

Hari 1 & 2

Makan 4 biji epal dan minum cuka epal 1 sudu bancuh dengan secawan air pagi dan petang. 

[Sebulan sebelum buat liver detox memang saya dah biasakan diri minum cuka epal hampir setiap hari (tak secara konsisten)]. Tujuan minum untuk gut health, jadi bila dah biasa minum dan kemudian buat liver detox ni saya harap urusan bile saya untuk keluarkan gallstone ni lebih mudah. Hahah.

Nota: Malic acid in dalam epal membantu melembutkan gallstones dan buatkan laluan ke bile ducts mudah.

Untuk lunch/dinner saya masak resepi nasi + garam + carrot + ubi + ubi keledek + serbuk halia + air dan 1 buah epal. Dan seperti yang disarankan Dr Jue & Dr Andreas, sepanjang proses detox ni saya elakkan protein, makanan berminyak dan berlemak. 

Hari 3

Untuk makan pagi saya makan 1 biji epal. 

Lunch, makan nasi bubur resepi nasi + air + garam. Ubi ada sikiiitt sgt sebab day 1 & 2 terlebih makan. Jadi macam gitu je lah saya makan. Rasa sedih sikit time makan macam ni tapi nasib baik saya ok je, habis.

Eh, 3 tahun di uni saya most of the time saya makan nasi putih berlaukkan rempah/kulit/tepung ayam atau nasi putih berlauk tempe je tau. Jadi style gini takde hal untuk saya. Hehe :D [cry]

Rasa sedih dan rindu masakan sedap2 dah time ni hahaha. Before 2.30pm saya minum bancuhan jus pegaga + madu. Alhamdulillah perut rasa kenyang.

8.00 malam : Saya minum epsom salt yang pertama. Payau gaissss. Time ni rasa power sebab boleh telan. 

*Okay method asal sepatutnya pukul 6, tapi entah kenapa saya duk tangguh2 last2 saya fikir minum selepas maghrib lah. Tambahan duk risau kalau2 saya senak perut, atau mula cirit-birit takut nanti solat tak khusyuk.

9.00 Malam : Minum epsom salt kedua. Still no bowel movement. Dan alhamdulillah takde senak2 perut ke atau apa2 yg mengganggu kekhusyukan solat. Saya je risau sangat hahha. Cumanya minum kali kedua ni dah mula rasa macam nak muntah. (tapi tak muntah)

10.15 Malam : Minum lemon & olive oil. Ambil masa 15 minum juga nak habiskan keseluruhannya. Memang bercinta juga nak habiskan, yela olive oil tu memang strong. Memang saya dah biasa minum olive oil tapi setiap kali minum memang reaksi yang sama. Tapi demi kesihatan kan, telan jelah.

Jujurnya, selepas minum bancuhan ni merupakan antara detik paling seksa saya sepanjang pengalaman buat detox. Lepas minum kena terus baring supaya senang release gallstones.

Adeh, ambil masa 10 minit juga lah nak cuba tidur sebab duk rasa sebu dan loya. Tak pernah experience sebu yang macam ni walaupun saya ni ada penyakit motion sickness(mabuk darat) yg agak teruk. Dahlah saya ni jenis letak kepala je terus tidur. Memang kena tidur 2 bantal tinggi dan resah betul menunggu pagi. Sepanjang malam ada 2-3 kali terjaga dan masih rasa sebu dan loya.

Hari 4

6.00 Pagi : Saya bangun untuk solat subuh. Targetnya nak minum epsom salt yang ketiga tapi tak minum2. 

*Jangan follow ye, sepatutnya memang bangun2 tu perlu minum third epsom salt.

8.00 Pagi : Baru minum epsom salt yang ketiga.

11.00 Pagi : Minum epsom salt yang keempat. (Lega sangat time ni, journey dah habis, hahaha)

2.30 petang : Dah mula makan.

Hari keempat ni, sekitar lepas subuh saya mula membuang. Memang keluar batu batu, najis cair. Total masuk toilet dalam 7 kali. After asar dah tak membuang.

First membuang tu saya tak tenung najis sangat pun. Sebab rasa tengah lemah, tapi pada masa sama puas hati sangat nampak batu2 kecil warna hijau yang keluar. Rasa berbaloi telan2. (Ya, saya punya batu semua kecil je, takde yang bersaiz besar) 

Hasil

Overall, satisfied dan bangga dengan diri sendiri. The next few days hormon gembira saya agak banyak dan perut rasa ringan mungkin asbab flush toxins2.

Sejak detox juga lebih strong-will untuk tak ambil makanan kurang berkhasiat. Kalau terambil auto rasa bersalah. I mean, I went through an utterly unpleasant time just to detox foods that I can decide not to take. Let's just eat healthily so I don't have to frequent my toxin-flush. Will I repeat this detox? A BIG yes.

Next time, saya nak buat better preparation dari segi pemakanan. Nak sediakan lebih banyak ubi, buah-buahan, madu dan chia seeds. Dan serbuk pegaga yang dapat dijadikan jus tu sangatlah membantu untuk atasi rasa lapar.

Semoga terus diberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan oleh Allah, Aamiin.

Disclaimer : Ini pengalaman pertama kali saya buat detox yang memerlukan protokol, persediaan, pembacaan yang menyeluruh. Selama ni cuma detox yang gitu2 je, simply makanan atau bancuhan minuman seperti cuka epal/lemon/madu/olive oil/halia/kunyit/betik dan lain-lain as a means of detox.